Assalamualaikum wbt....
Pertama sekali kami berdua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Jazihan kerana beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami mengambil subjek Aplikasai Komputer Dalam Pendidikan Vokasional ini. Beliau telah mencurahkan pelbagai ilmu kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan blog ini..=) Kami berdua mamilih tajuk tentang Kemahiran Hidup ini adalah kerana Kemahiran Hidup ini adalah subjek minor bagi kami berdua yang bakal bergelar cikgu Sains Pertanian suatu hari nanti. Kami memilih tajuk ini juga adalah kerana subjek Kemahiran Hidup tidaklah sesenang dan semudah yang kita sangkakan terutama sekali dalam topik Kerja Kayu. Sebelum menyiapkan sesuatu projek kerja kayu,kita perlu mengetahui dan memahami cara penggunaan alatan tangan seperti pahat dan ketam tangan. Jika kita tidak mengambil tahu tentang alatan tangan ini,kita pasti tidak mampu menyiapkan projek kerja kayu kita....Jadi,disini kami telah bersepakat untuk menyediakan sebuah blog tentang kerja kayu yang dimana kami telah memuatkan segala nota,pengenalan,cara penggunaan dan cara untuk menajamkan alatan tangan tersebut agar mudah dan selesa untuk digunakan. Kepada sesiapa yang belum mengetahui tentang penggunaannya, bacalah dan fahamilah tentang alatan tangan ini....Jika terdapat sebarang kesulitan, emailkan kepada kami...Sekian, terima kasih.....=)
Pages
SeLaMaT DaTaNg...=)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...=)
Monday, 12 December 2011
Saturday, 10 December 2011
PeNgEnALAn TeNtAnG PaHaT KaYu...
Pahat kayu ialah suatu peralatan yang diperbuat daripada kayu dan besi. Pada bahagian pemegang pahat tersebut diperbuat daripada kayu manakala pada bahagian mata pula diperbuat daripada besi yang kuat dan tahan karat. Pahat digunakan untuk memahat kayu yang selalunya untuk membuat kerja-kerja tanggam. Bagi memastikan pahat selalu elok untuk digunakan,mata pahat tersebut hendaklah selalu diasah agar mata pahat tersebut tidak akan berkarat dan mudah untuk digunakan.
CONTOH GAMBAR PAHAT KAYU
Wednesday, 7 December 2011
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENAJAMKAN MATA PAHAT
1) Antara peralatan yang perlu ada semasa proses menajam mata pahat.
2) Langkah pertama ialah dengan menitiskan minyak gris diatas batu pengasah.
3) Langkah yang kedua ialah dengan meletakkan pahat yang sudah dibersihkan pada sudut 30 darjah.
4) Langkah yang ketiga ialah dengan memegang pahat pada posisi yang betul dan asah pahat tersebut sehingga benar-benar tajam. Asahan haruslah dilakukan secara sehala.
5) Antara langkah keselamatan semasa menajam mata pahat ialah:
*Jangan bergurau semasa berada didalam bengkel
*Pastikan mata pahat yang tajam tidak menghala kearah kawan.
*Memakai pakaian yang lengkap semasa berada didalam bengkel seperti memakai apron.
Monday, 5 December 2011
sOaLaN BaGi SuBtOPik MeNaJaM MaTa PaHaT..=)
SOALAN :
1) Apakah langkah utama untuk menajamkan mata pahat?
2) Bagaimanakah cara untuk menajamkan mata pahat?
3) Pada sudut berapakah kedudukan mata pahat semasa proses menajamkan mata pahat?
4) Apakah jenis cecair yang digunakan semasa proses menajamkan mata pahat ini?
5) Bahan apakah yang digunakan untuk menajamkan mata pahat?
1) Apakah langkah utama untuk menajamkan mata pahat?
2) Bagaimanakah cara untuk menajamkan mata pahat?
3) Pada sudut berapakah kedudukan mata pahat semasa proses menajamkan mata pahat?
4) Apakah jenis cecair yang digunakan semasa proses menajamkan mata pahat ini?
5) Bahan apakah yang digunakan untuk menajamkan mata pahat?
JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN TENTANG JAWAPAN,SILA EMAILKAN KEPADA KAMI DIALAMAT EMAIL YANG TERSEBUT...=)
Friday, 4 November 2011
MENAJAM MATA KETAM
PENGENALAN KERJA KAYU
1) Kerja kayu adalah suatu kerja yang agak rumit dan memerlukan ketelitian agar para pelajar tidak tercedera semasa kera-kerja kayu ini dilakukan.
2) Sebelum membuat sesuatu tugas, para penunjuk ajar perlu memberikan tunjuk ajar yang teliti agar tidak berlaku sebarang kesulitan.
KERJA-KERJA KAYU
Antara bahan-bahan yang digunakan:
1) Ketam tangan
2) Skru driver
3) Minyak Gris
4) Batu pengikir
1)Ketam tangan
Skru driver
Minyak Gris
Batu pengikir
Thursday, 3 November 2011
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENAJAMKAN MATA KETAM
1) Skru pada bahagian atas mata ketam haruslah dibuka dan diasingkan daripada mata ketam tersebut.
2) Pada bahagian mata ketam pula,terdapat 2 keping besi yang satunya adalah mata ketam. Skru pada bahagian ini juga harus dibuka bagi memudahkan proses mengasah itu nanti.
3) Mata ketam haruslah diletakkan pada sudut 30 darjah daripada batu pengikir tersebut. Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan jika tangan tersentuh batu pengikir tersebut.
4) Semasa hendak mengasah mata ketam, pada bahagian yang hendak diasah perlulah diletakkan sedikit minyak gris agar proses mengasah menjadi lebih cepat dan selamat.
5) Langkah yang terakhir dalam proses mengasah mata ketam pula ialah dimana mata ketam yang pada bahagian terbalik itu perlu diasah pada batu pengikir dengan sekali lalu sahaja bagi maratakan kedua-dua belah mata tersebut iaitu pada bahagian atas dan bahagian bawah.
Wednesday, 2 November 2011
Tuesday, 1 November 2011
sOaLaN BaGi SuBtOPik MeNaJaM MaTa KeTaM..=)
SOALAN :
1) Apakah bahan yang diperlukan semasa proses menajam mata ketam?
2) Berapa darjahkah kedudukan sudut semasa proses mengasah dilakukan?
3) Apakah langkah utama bagi proses menajamkan mata ketam ini?
4) Apakah langkah yang terakhir bagi proses menajam mata ketam ini?
5) Apakah cecair yang digunakan bagi memudahkan proses menajamkan mata pahat ini?
1) Apakah bahan yang diperlukan semasa proses menajam mata ketam?
2) Berapa darjahkah kedudukan sudut semasa proses mengasah dilakukan?
3) Apakah langkah utama bagi proses menajamkan mata ketam ini?
4) Apakah langkah yang terakhir bagi proses menajam mata ketam ini?
5) Apakah cecair yang digunakan bagi memudahkan proses menajamkan mata pahat ini?
JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA EMAILKAN KEPADA KAMI DIALAMAT YANG TERTERA...=)
Subscribe to:
Posts (Atom)