Assalamualaikum wbt....
Pertama sekali kami berdua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Jazihan kerana beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami mengambil subjek Aplikasai Komputer Dalam Pendidikan Vokasional ini. Beliau telah mencurahkan pelbagai ilmu kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan blog ini..=) Kami berdua mamilih tajuk tentang Kemahiran Hidup ini adalah kerana Kemahiran Hidup ini adalah subjek minor bagi kami berdua yang bakal bergelar cikgu Sains Pertanian suatu hari nanti. Kami memilih tajuk ini juga adalah kerana subjek Kemahiran Hidup tidaklah sesenang dan semudah yang kita sangkakan terutama sekali dalam topik Kerja Kayu. Sebelum menyiapkan sesuatu projek kerja kayu,kita perlu mengetahui dan memahami cara penggunaan alatan tangan seperti pahat dan ketam tangan. Jika kita tidak mengambil tahu tentang alatan tangan ini,kita pasti tidak mampu menyiapkan projek kerja kayu kita....Jadi,disini kami telah bersepakat untuk menyediakan sebuah blog tentang kerja kayu yang dimana kami telah memuatkan segala nota,pengenalan,cara penggunaan dan cara untuk menajamkan alatan tangan tersebut agar mudah dan selesa untuk digunakan. Kepada sesiapa yang belum mengetahui tentang penggunaannya, bacalah dan fahamilah tentang alatan tangan ini....Jika terdapat sebarang kesulitan, emailkan kepada kami...Sekian, terima kasih.....=)
No comments:
Post a Comment