SeLaMaT DaTaNg...=)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...=)

Selamat datang ke laman pembelajaran secara online. Disini anda akan dapat mempelajari serba sedikit tentang ilmu Kemahiran Hidup. Saya Cikgu Adilah manakala kawan seperjuangan saya Cikgu Rosliza mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan pembelajaran secara online ini. SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA DAN MEMANFAATKANNYA..=)

Friday, 4 November 2011

MENAJAM MATA KETAM



PENGENALAN KERJA KAYU

1) Kerja kayu adalah suatu kerja yang agak rumit dan memerlukan ketelitian agar para pelajar tidak tercedera semasa kera-kerja kayu ini dilakukan.
2) Sebelum membuat sesuatu tugas, para penunjuk ajar perlu memberikan tunjuk ajar yang teliti agar tidak berlaku sebarang kesulitan.




KERJA-KERJA KAYU

Antara bahan-bahan yang digunakan:
1) Ketam tangan
2) Skru driver
3) Minyak Gris
4) Batu pengikir

1)Ketam tangan


Skru driver



Minyak Gris



Batu pengikir

Thursday, 3 November 2011

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENAJAMKAN MATA KETAM



1) Skru pada bahagian atas mata ketam haruslah dibuka dan diasingkan daripada mata ketam tersebut.
2) Pada bahagian mata ketam pula,terdapat 2 keping besi yang satunya adalah mata ketam. Skru pada bahagian ini juga harus dibuka bagi memudahkan proses mengasah itu nanti.

3) Mata ketam haruslah diletakkan pada sudut 30 darjah daripada batu pengikir tersebut. Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan jika tangan tersentuh batu pengikir tersebut.

4) Semasa hendak mengasah mata ketam, pada bahagian yang hendak diasah perlulah diletakkan sedikit minyak gris agar proses mengasah menjadi lebih cepat dan selamat.

5) Langkah yang terakhir dalam proses mengasah mata ketam pula ialah dimana mata ketam yang pada bahagian terbalik itu perlu diasah pada batu pengikir dengan sekali lalu sahaja bagi maratakan kedua-dua belah mata tersebut iaitu pada bahagian atas dan bahagian bawah.






Tuesday, 1 November 2011

sOaLaN BaGi SuBtOPik MeNaJaM MaTa KeTaM..=)

SOALAN :

1) Apakah bahan yang diperlukan semasa proses menajam mata ketam?

2) Berapa darjahkah kedudukan sudut semasa proses mengasah dilakukan?

3) Apakah langkah utama bagi proses menajamkan mata ketam ini?

4) Apakah langkah yang terakhir bagi proses menajam mata ketam ini?

5) Apakah cecair yang digunakan bagi memudahkan proses menajamkan mata pahat ini?


JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA EMAILKAN KEPADA KAMI DIALAMAT YANG TERTERA...=)